Bahawa kami pendidik dan kakitangan SMK LKTP Kahang Timur dengan penuh tekad dan keazaman, berikrar dan berjanji akan memberikan khidmat yang terbaik dalam bidang tugas kami bagi menepati matlamat dan tujuan pelanggan kami dengan:
1. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan
berkesan mulai hari pertama persekolahan.
2. Sentiasa berusaha melaksanakan tugas mendidik dan memenuhi
keperluan pelajar dengan penitisan ilmu, kasih sayang, keseronokan,
kebebasan dan survival.
3. Sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan dalam bidang kurikulum,
kokurikulum, disiplin, sahsiah, keselamatan dan keceriaan.
4. Memperkembangkan potensi dalam semua bidang.
5. Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif.
6. Sentiasa bersedia dan menerima pendapat, cadangan dan teguran
membina daripada semua pihak untuk menambahbaik prestasi
perkhidmatan dan kecemerlangan dalam semua bidang.
7. Sentiasa bersedia membimbing pelajar untuk hidup bersatupadu dan
mempraktiskan budaya ilmu, celik sains dan teknologi serta kreatif dan
inovatif.
8. Memastikan layanan kaunter yang mesra dan cekap dengan waktu
menunggu tidak melebihi tempoh masa 10 minit.
9. Sentiasa bekerjasama dan memberikan layanan yang baik dan mesra
kepada penjaga dan komuniti setempat serta sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan mereka.
10. Hubungi sekolah melalui :
No . Telefon - 07-7866661
No. Fax - 07-7867349
e-mail - jea2034e@gmail.com
|