SEJARAH SEMAKMUR

Sekolah menengah (LKTP) Kahang Timur mula dibuka pada 3 Januari 1988.Berikut kedudukan geografinya terletak di Felda Kahang Timur maka sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah (LKTP) Kahang Timur pada ketika itu. Keluasan kawasan sekolah berstuktur sekolah ini ialah kira-kira lima hektar yang memuatka semua frasarana sekolah.

       Pada peringkat awal penubuhannya seramai 253 orang pelajar telah mendaftar diri di sekolah ini. Para pelajar ini datangnya dari gugusan felda berdekatan iaitu Felda Kahang Timur ,Felda Ulu Dengar, dan Felda Kahang Barat. Justeru , para pelajar ini terdiri daripada anak-anak peneroka dan anak-anak kakitangan Felda. Para pelajar di sekolah ini adalh berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kurikulumnya tertumpu kepada empat aliran kelas iaitu Sains Pertanian ,Sains perusahaan,Sains Rumahtangga dan Perdagangan. Pengagihan pelajar ini berdasarkan pencapain diagnostic yang disediakan oleh pihak sekolah pada hari pertama persekolahan. Tenaga pengajar pada ketika itu terdiri daripada 14 orang guru sahaja.

    Pada tahun 1993 SMRKT telah bertukar kepada SMKT sesuai dangan kepesatan pelajar dan keperluan yang begitu mendesak pada ketika itu. Itu berikutan pembukaan kelas bagi tinkatan 4 untuk aliran sastera dn perdagangan .SMKKT mempunyai 3 buah bangunan dua tingkat dan sebuah bangunan tiga tingkat bagi menampung jumlah pelajar .kini SMKKT mengorak langkah tangkas sederap dengan arus dengan arus perdana pendidikan .jumlah pelajar turut mengalami lanjukan , menjadikannya sekarang ini sejumlah 1171 orang pelajar . aliran Sains turt menanada kurikulum sekolah ini sejajar dengan pencapaian yang kian memberangsangkan . bilangan guru turut dipesat bagi menampung jumlah pelajar .kini SMKKT mempunyai 57 orang tenaga pengajar .selaras dengan prinsip pendemokrasan pendidikan ,infrastuktur sekolah dibangunkan dengan mendirikan dua blk baru empat tingkat dan bengkel pertanian .ini bertujuan bagi merangsang ledakan pendidikan di Gugusan Felda ini agar tidak terpinggir dan terpencil daripada perubahan semasa

 

 


 

TN. IBRAHIM BIN OMAR
PENGETUA SMKKT

BLOG PENGETUA

waktu solat kawasan lain 

 

 

CATATAN